HOME REVIEW

July Favourites


 



Ssup,

Finally gais i'm done with Geography's coursework.Last day hantar tu aku lepak bilik cikgu dari rehat sampai balik sebab teman kawan nak check semua and ada yang tak siap lagi sebab budak bola kan,nasib baik menang.Classmate aku ni memang jenis tak malu punya so apa lagi main phone cikgu la selfie la,check gallery.whatsapp,nasib cikgu tak marah.(kami sempat usya gambar anak cikgu hahahahahaha)
mata masing-masing tenggelam

Ni gambar paling ok.Cuba teka aku yang mana,comment.Siapa betul dia hensem/cantik


Didahulukan dengan lagu dulu gais.

Song
Closer by The Chainsmokers ft. Halsey (both are my fav so time tau ada lagu baru i'm screaming haha)
In The Name Of Love by Martin Garrix & Bebe Rexha (i'm falling in love with this song) 
Ride by Twenty One Pilots (lagu ni addicting sangat sebab sambil basuh pinggan pon terbawak-bawak nyanyi lagu ni) 
Toothbrush by DNCE (kawan aku yang duduk sebelah aku dah muak agaknya dengar aku nyanyi lagu ni hahahahaha sebab aku memang kalau nak nyanyi memang nyanyi perlahan gila and dia sorang je dapat dengar hahahahahaha DIA CAKAP SUARA AKU SEDAP) 
Semua lagu Gnash.

Drama 
W-Two Worlds (again kdrama) 

Beauty 
Aiken product 
  

That's all,nothing much.Thank you for reading :) Share you July fav below.

Raya Day 1&2





Ssup?

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.Maaf atas segala dosa dari hujung rambut kerinting sampai celah-celah jari kaki (ayat kawan aku)

K mood raya turn off sebenarnya mood raya aku tak on-on lagi haahaaaahhaahaha kesah pulak jeman *flip shawl*

Day 1
Tak balik kampung lagi uolls sebab abah on call jadi duduk mereputz dekat rumah lepak-lepak makan rendang tengok tv pastu tidur.Petang dalam pukul 6 camtu baru balik kampung dekat Seremban so kitaorang tak payah hadap jem.Dah sampai sana pon aku mereput lagi sebab cousin semua dah balik.Malam tu memang tak boleh tidur sebab tak mengantuk lagi atau sebab tak biasa (?).Mula-mula tidur atas katil lepastu lantai,pergi katil balik pastu lantai last-last aku dapat eye bag.

Day 2
Harini tak breakfast sebab nenek dengan atok dah start puasa enam.So harini pergi Langat,rumah mak teh dengan paklang mula-mula datang tu rumah diaorang takda tetamu so aku rasa ok la sebab memang dah biasa dengan diaorang.













Few minutes later..














  

  









Omgeyh ada orang datang.Aku ni lemah tau kalau jumpa orang lagi-lagi laki (even abang aku sebab dia hensem k.tipu dia hodoh level -237) ha! So aku tak berani nak buat eye contact (pandang muka pon tak nak) dekat sesiapa kecuali yang aku kenal je hahahahahahaha takut jatuh hati uolls.Lepas makan kitaorang pergi Cheras rumah pakngah time otw tingkap kereta bahagian aku duduk tak boleh naikkan like seriously panas okeyh matahari terik.Ingatkan nak tidur rumah pakngah satu malam tapi sebab tingkap,tak jadi tidur situ and abah,along,aku & adik be like "Yes!!" Kitaorang memang taknak tidur situ tapi mak aku kan kau faham-faham je lah.Malam tu balik..(sumpah ayat ni lifeless)

So harini (day 3) aku mereput lagi dan aku tak kesah pon duduk rumah sebab aku memang tak nak beraya! Ironinya,aku tak rasa pon suasana raya dan memang tak nak sebab trial PT3 is around the corner so daripada aku huhahuha lebih baik study (tak,aku tipu,aku tak study pon,hw tak sentuh lagi)


Bye! Have a nice day.

Life Update + June Favourites

Ssup,

Long time no see.Lately ni busy dengan kerja khusus Sejarah ya tuhan kau tau tak malas nak buatnya tahap babuns.Kemain busy tahap nak maki semua orang kalau boleh cikgu-cikgu sekali (ok melampau).Di bulan yang mulia ni siapkan benda alah ni boleh sawan aku kau tau?Ditambah lagi dengan mereka-mereka yang tak faham kami ni busy tapi dia boleh ajak orang lepaks boraks dengan dia,memang kau nak makan kaki aku tapi aku fikir satu je,nanti kau kena ganti puasa so aku abaikan kalian.

Takda perkara menarik yang berlaku biasa la lifeless kan,pergi sekolah,balik buat homework,tidur,makan,hadap wattpad,tidur dan ulang.

Mood raya langsung takda like seriously idk baju raya sepasang je uolls sebab bila ma ajak pergi beli baju aku taknak ikut hahahahaha padan muka.Makin besar mood raya tu macam dah hilang aku pon dah tak heran pasal duit raya,nak bagi bagi taknak sudah!

So aku rasa this is the perfect time aku nak share June Favourites.Aku rasa macam benda wajib je nak share fav aku padahal orang tak ambil kesah,takkan dan tak nak pon! But idc.Kalau belum baca May Favourites better baca dulu ok ;)

Songs
Up&Up by Coldplay (nice gila music video dia)

Drama
Doctors(kdrama) serious talk aku memang susah gila nak minat kdrama,kalau aku minat tu kira best dah! Hahahaha DOTS pon aku tak tengok lagi (jangan kecam)

So thats all for my June fav kalau aku share fav stories dekat wattpad aku takut kau muntah hijo pulak baca tajuk sweet-sweet bagai.

So,how about your June fav share sikit dekat komen.Bye! Have a nice day!