HOME REVIEW

May Favourites




Ssup, 

Sekarang cuti sekolah kan so aku gunakan sepuas-puasnya seminggu untuk berehat and seminggu lagi untuk study. 

Sekarang ini aku tengah ketagih gila dengan Wattpad.Ya tuhan pebenda yang buat aku ketagih pon tak tau,minggu lepas baca novel dekat app Novel+ minggu ni tergila gilakan Wattpad.Mula-mula tau app Novel+ from Lyssa Faizureen time tu tengok semua cerita cinta so macam 'not my type' sebab aku dah biasa baca buku seram,misteri macam Fixi so kalau nak baca novel cinta rasa cam nak muntah hijo.Sebenarnya ada je cerita seram tapi time tu aku lupa cari so dia jadi macam..aku install pastu tengok app tu dalam 3 minit pastu uninstall balik hahahahahaha. 

2 minggu sebelum cuti Azlin suruh aku baca novel dekat Novel+ dia bagitau aku cerita best-best.Aku pon apa lagi siang malam asyik menghadap phone je.Walaupun ada cerita seram tapi aku lebih tertarik baca novel cinta sebab selama ni tak pernah baca novel cinta sampai habis.Novel+ ni satu je aku tak suka sebab ada seseparuh cerita kalau nak baca sampai habis kena bayar, tak kuasa aku!
Tiba-tiba teringat Wattpad so apa lagi mulalah baca sambil senyum-senyum macam orang gila.Aku hasut sekali Azlin dengan Syafika install Wattpad.Baru teringat yang aku ada Wattpad since 2014 tapi baru sekarang nak guna dengan sepenuhnya. 

Sekarang dah tak layan cerita seram walaupun creepyposta ada dekat Wattpad sebab aku dah addicted dengan cerita cinta..omg adakah ini dinamakan cinta? Dah 3 hari aku asyik tidur lambat sebab leka baca.Ada satu hari tu aku terjaga pastu nak cari phone sebab nak tengok pukul berapa,cari punya cari rupanya bawah katil.Baru aku teringat malam tu aku baca sampai terlepas phone pon tak sedar.Ada seseparuh cerita sedih lagi la teruk aku bantai nangis sebab anggap aku yang berada dalam situasi tu.Complicatednya lahai perempuan ni,baca novel pon beremosi sangat hahahahaha. 

Seramshit dekat twitter pon dah 3 bulan tak baca sebab kebanyakkan curator lambat,cerita tak seram and ada yang cerita cepat habis.

Ok yang ni saja nak share

Fav songs 

Can't Stop The Feeling -Justin Timberlake
I hate u i love u - Gnash feat. Olivia O'brien (aku boleh nangis dengar lagu ni serious!)
I Remember - AlunaGeorge
Kiss it better - Rihanna
La la land -DVBBS
New romantics - Taylor Swift
No broken hearts - Bebe rexha feat. Nicki Minaj
Send my love -Adele
Surprise Yourself - Jack Garratt (lagu Breathe Life dia pon sedap)
Helplessly - Tatiana Manaois
Team - Iggy Azalea
Wild Things - Alessia Cara
Write on me - Fifth Harmony


Drama
Entertainer (kdrama) (Kang Min-hyuk cute ok dalam drama ni hahahahah kbye)


Beauty
SKINLITE Green Tea Essence Mask (review soon)


Share la korang punya May Favourites pulak.Don't forget to leave comment below.Thanks for reading! :D