HOME TIPS REVIEW

5 Things I Learned In 2016

Ssup?


Masa berlalu sangat pantas,rasanya macam baru semalam baca tweet "jangan masuk tandas pukul 11:59 malam nanti keluar tahun depan".

2016 is such a wonderful year,I had so much fun this year,I met nice and and not really nice person and banyak lagi la takkan makan apam balik pon nak cerita.

So here what I learned in 2016


1)If you want it,work for it    
I already got my PT3 result and boom i thought i only get 5A or less than that sebab aku nak stay kelas tambahan pon macam "Allahu,i need more sleep".But surprisingly i got more than 5A,Alhamdulillah rasa nak nangis dengan classmates sebab semua dapat 5A and above.

ok apa point aku sebenarnya ni? hahahaha 

Aku belajar kalau nak sesuatu tu kena usaha even kau malas kau kena push diri.Takda benda datang bergolek.One more thing,jangan terlalu bergantung dengan orang lain.Kena berdikari.Kalau homework pon harap tiru kawan je macam mana nak jawab exam dengan jayanya?

2)Loving can hurt 
Seriously Zafirah? I never been in any relationship.Teman tapi mesra ke,bae kepebenda ke. 

ok i will tell you my biggest secret 

i have crush on someone more than 4 months maknanya.. 
credit to Pinterest

But hell yeah crush aku minat orang lain so aku macam "Saat ku mulai menyedari,perasaan ku tak pernah dipeduli.Salahkah diriku mengemis cinta darimu apa ku tak punya hargaaaaaaaaaaaa" tapi aku dah ok hahahahaha.Ok baru tahu susahnya nak move on lol.Setelah kusedari aku terlalu muda untuk semua ni jadi aku sambung layan kdrama. 

3)Be nice.. 
even you get hurt.Macam no 2 tadi.Ya aku tak rasa pon nak hack acc Instagram dia atau simbah acid dekat crush dia.If someone talk bad about you,kau kena janji dengan aku eh,kau ignore je,teruskan kehidupan.Orang macam tu lifeless atau dia pernah kena reject dengan crush dia lol

Selain itu,(macam nak buat karangan bm pulak hahaha) kalau benda kecil terjadi contoh ada orang condemn kau dekat twitter ke kau diam je la eh.Ini kalau pasal tag bf untuk bagi hint minta hadiah makeup tu pon kau nak gaduh aku tak tau la nak kata apa hahahaha aku gelak je la.Benda simple ni tak payah besar-besarkan nanti kau nampak bodo k.Masing-masing dah besar,boleh fikir benda baik buruk harap tak lupa bayar PTPTN. 

4)Comparisom will kill you
Siapa je tak pernah compare life sendiri dengan life orang lain? Selalunya kita compare dengan orang lagi cantik dari kita.Just stop it,why not compare life kita dengan orang lagi susah? Kau akan sedar bertapa besarnya nikmat yang Allah bagi dekat kau.Bersyukur and stop comparing sebab sampai satu tahap kau akan benci diri kau sendiri.

5)Don't put too much hope
Pernah tak apa yang kau harapkan tak jadi atau jadi lagi teruk?Rasa down gila nak nangis tepi peti sejuk.Kalau kau dah usaha habis habisan tapi tak jadi macam apa yang kau harapkan kau kena percaya ada benda yang lebih baik untuk kau.

Aku sarankan jangan letak harapan dekat crush la hahahahaha harapan yang membunuh.


Banyak sangat aku belajar tahun ni ada yang tak ingat ada yang ingat gila.If you don't mind please share what you learned in 2016.Comment⬇

Thank you for reading.I hope you have amazing day! :)

Something Creepy

Ssup?
It was 1:15AM uolls
nothing creepy here
Dalam pukul 12 AM something aku scroll timeline twitter.Late night memang masa yang sesuai baca tweet-tweet seram since aku minat benda macam ni.SERAMSHAH ada cerita pasal baby burger.Siapa SERAMSHAH ni? Ha pergi search dekat twitter,baca paranormal experience dia sampai lebam! Apa yang aku faham tentang baby burger yang SERAMSHAH tu share,video baby burger ni ada dekat deep web.Kenapa baby burger? Ha,korang baca la sendiri dekat twitter SERAMSHAH atau google je.

Before this i never know deep web ni exist.Apa yang aku baca,website ni susah nak masuk kalau nak masuk kena pakai TOR.

Lepastu Samprit (go search on twitter if you donno who she is) ada cerita pasal cannibalism (aku tak tau benda ni wujud,poor me) .Tahap dia sampai aku sanggup search pasal cannibal and salah sorang ialah Issei Sagawa.Aku baca dekat Wikipedia je.

I love this kind of story yang boleh keluarkan aku dari kotak,explore about something interesting and benda yang cikgu tak ajar dekat sekolah.You need to explore it on your own (KBAT EVERYWHERE) but aku takut jugaklah terlampau addicted dengan this stuff .Just ambil tahu,so nanti bila orang tanya kau boleh la macam give opinion bukannya hanya duduk dan diam lepastu tweet "teenagers nowadays borak benda jijik,so disgusting,euw,omg budak gila" sambil makan cocopie.R.I.P.

And after i type this entry,aku takut nak tidur and off phone.Maybe i'm not strong enough,not ready or this stuff is too heavy for me untuk mix dalam otak and terima.I hope benda ni tak bawak mimpi or anything else :') overrr je.Aku takut nanti aku tak selera makan daging sebab aku memang not daging person,i would rather eat fish than meat.

Korang minat tak benda benda creepy macam ni? If yes,then comment and share creepy stuff yang korang tau because i interested to read it.If no,then tell me why?Apa reaction korang after read about baby burger and cannibalism? Pernah visit website deep web? COMMENT DOWN BELOW.THANK YOU FOR SPENDING YOUR TIME ON THIS ENTRY.HAVE A NICE DAY! BYE!

Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina

Ssup?
mood join giveaway on



*Sila klik banner diatas untuk

join
*



Hadiah :

1 x cash voucher dari Premier Clinic

1 x beauty box dari The Face Shop

1 x beauty box dari Missha

1 x beauty box dari Premier Clinic

2 x beauty box dari Skinfood



Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016




Top 5 Favorite FIXI Books

Ssup?  


Sebelum tu,aku nak share sikit cerita.Last year,aku dengan beberapa kawan aku cadang nak buat cerita then hantar dekat email FIXI lmao.Jalan cerita agak menarik bagi aku hahahahaha.Dapat inspirasi daripada one of my friend yang dituduh lesbo dan dia tak datang sekolah few days camtu hahahahaha kelakarnya tapi kawan aku straight tau.Ok tutup cerita,aku malu sebab sampai sekarang tak start buat cerita tu.Kawan aku semua SEMBANG. 

1)KACAU-ARIFF ADLY 
Ok my very first FIXI book is SUMBAT yang sampai sekarang tak habis baca lagi sebab cerita dia tak boleh masuk kepala aku,entah kenapa.So aku pergi baca KACAU.This book is so me masuk kepala aku mix sampai bawak mimpi semua.If korang minat cerita seram try baca this book.Buku paling seram yang pernah aku baca.Buku yang ajar aku berani baca novel seram sorang-sorang,malam-malam hahaha.Semuanya bermula dengan spirit of the coin dan diakhiri dengan kematian.  

2)MEREKA-ARIFF ADLY
What can i say is,aku peminat setia ARIFF ADLY hahahaha GELAP pon aku dah baca tapi sorry tak boleh masuk list hehe.Ok ni bukan seram hantu tapi cerita pasal a group of remaja(?)yang termasuk dalam dunia lain.Kau kena baca ok trust me,cerita ni best.



Jap,check bookshelf hahah



3)KAMPUNG-IRVAN AFFAN 
Bukan cerita seram.Ending sedih.Buku FIXI yang paling sopan ayat dia yang aku pernah baca.Mengisahkan tentang kampung.Ada kisah baik,tapi peritnya banyak.   

4)ASRAMA-MUHAMMAD FATRIM
Why not? Bukan cerita seram asrama yang biasa,yang selalu ada dekat movie Melayu,yang selalu akak-akak senior cerita.Tak,ni lain.   

5)MENTAL-SHAZ JOHAR
Jalan cerita dia sampai sekarang aku confuse.Mindfak betul ending dia.Aku rasa aku pon mental baca buku ni.Kawan aku baca 3 kali baru faham ending.Aku? Cukup la baca sekali je walaupon aku tak faham ending sebab aku cepat bosan baca cerita ulang-ulang tak surprise gituw.

Hoping that FIXI will give me free book after i post this entry.jk hahahaha (english teghabuq)

Share la korang punya favorite FIXI book.Suggest me any book tak kisah FIXI ke apa hehe asalkan bukan romance (my mom will kill me) or action.Thank you💓

October Favourites + Life Update

Ssup, 

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! OFFICIALLY 15 YEARS OLD (1 NOVEMBER) Time flies so fast meh. 

Haritu terskip fav bulan September cause i'm focusing on my PT3 yeayy  

So after PT3 kitaorang kena selesaikan PBS and we do some activities for Science.Tak nak share gambar sebab semua gambar aku diri tegak je,no feeling cause i'm cool kid lol.This month macam stress sikit (even dah habis PT3) since aku dah habis hadap phototshop untuk new look blog lepastu few days later classmate aku nak buat tshirt kelas,maka aku kembali hadap photoshop berjam-jam lamanya.Yang menambahkan lagi masalah apabila ada yang tak setuju dan kami bergaduh dalam group lol benda normal yang terjadi dekat group whatsapp at least once a week,aku peminat setia tengok drama tu.Alhamdulillah kawan aku baru je send gambar tshirt tu dekat group few minutes ago.Cuba teka kitaorang nak buat apa 12/11 nanti haa comment sekarang k.

Song 
Talking To The Moon - Bruno Mars 
Lagu ni mcm Let Her Go jugak,all time fav tapi few weeks ni aku macam terover dengar and feeling teroks bila nyanyi padahal never been in a relationship pon acah-acah je.
Aint My Fault - Zara Larsson 
Lagu yang buat aku rasa nak menari tapi tak boleh sebab tak tau step dia camne 
Shout Out To My Ex - Little Mix
Takde ex pon tapi kalau lagu tu from Little Mix haruslah minat  
True Disaster - Tove Lo   
Lost On You - LP 
Trust Nobody - Cashmere Cat
Million Reasons - Lady Gaga 
Alone - Marshmello  
EDM? yay 
Atic - Astrid S
All We Know - The Chainsmokers 
No more Closer please 

Last but no least,Badlands from Halsey omg i'm in love with Halsey saja ulang dengar balik tak tau pulak boleh stuck in my head,stuck on my heart,stuck on my body.

This year kebanyakan lagu semua EDM macam Bruno Mars dengan Maroon 5, i miss the old you huhu. 

Let's move on to drama 

Drama 
Scarlet Heart Ryeo  
Ustazah aku pon tengok cerita ni eh ko jangan main main
Jealousy Incarnate 
aku baru tengok 2 ep kot tapi rilex la nanti aku marathon time hujung minggu.Aku kalau biar cerita ni terbukak dekat tv lepastu buat kerja lain.mak aku yang layan sampai 3 ep lol 

I have more than 5 dramas nak tengok tapi tu lah kita hanya merancang Allah yang tentukan.

Beauty 
Freeman Mint & Lemon Facial Clay Mask (banyak good review about this product lagipun aku malas nak spend more than RM5 for one sheet mask,yang ni senang satu tube boleh pakai banyak kali,harga pon cun.Nanti nak try peel off punya pulak hahahaha i'm so excited)


Sebenarnya perancangan lepas PT3 tu banyak tapi tu lah,time exam rancang banyak bila dah habis exam aku mereput lepastu mengadu bosan ha manusia!

Ok that's all.Bye!

Killer Clown

Ssup, 


Siapa tak suka clown angkat tangan \0/ aku takda la takut mana dengan clown sebelum ni tapi bila tengok video dekat twitter pasal KILLER CLOWN ni yang suka kejar orang malam-malam i be like "aku dah boleh takut sikit² kot clown".Kalau kau jalan kaki dia kejar,kau naik kereta pon dia kejar kereta kau.  

ok aku buat research John Wayne Gacy ni dekenali sebagai Killer Clown.Dia seorang pembunuh bersiri dan perogol.https://en.wikipedia.org/wiki/John_Wayne_Gacy kalau nak tau lebih lagi,aku malas nak explain panjang-panjang sebab aku pon malas nak baca hahaha

Apa yang aku faham orang yang pakai costume clown ni kira macam menyamar untuk bunuh orang.



Ok macam mana? Yang dulu suka clown tu aku rasa dah boleh move on kot.Tetiba teringat movie Poltergeist yang aku tengok dengan kawan aku,and kitaorang tengok separuh je sebab takut lol.Yang aku ingat budak tu ada akak (akak dia sumpah cantik gila tapi tak sempat tengok nama) 
  
Memandangkan entry kali ni agak horror so aku nak recommend kan korang tengok video Annie Marie.Dia banyak share pasal paranormal experience.

Bye bye gorgeous!

Story Time: My Weird Neighbour

Ssup,  

Dah lama tak blogwalking tapi hari-hari aku bukak blog dekat phone sebab nak tengok blog list hahaha.Banyak benda nak share tapi entah la rasa macam tak penting.Ok tak new look? before PT3 aku kemain lagi tahan nafsu nak edit blog(out of idea) Ok let's start. 

Sunday,25 September 2016 dalam pukul 4am something.Haritu abah pergi kursus so only 3 of us tinggal dekat rumah ma,aku and adik.For the first time abah pergi kursus time abang aku takda dekat rumah sebab selama ni abah pergi kursus abang aku ada je dekat rumah tapi minggu tu abang aku tak balik.

Aku tidur sorang lol suddenly my mom masuk bilik aku bisik dekat aku dengar tak bunyi orang ketuk² and yes aku dengar.Time tu ma thought it was pencuri ke apa kan tapi bila dengar balik bunyi orang ketuk dinding macam pakai tukul untuk paku sesuatu.Aku jenguk la ikut tingkap semua,time tu mak aku dah bukak lampu bagai dah but there's nothing.

Bunyi tu sumpah kuat aku rasa jiran lain boleh dengar juga ok memang dengar pon natang benda tah dia buat.Then bunyi tu tak stop lagi,mak aku jerit (not jerit la but macam cakap kuat²) suruh diam then bunyi tu dah takda.



Mak aku tanya bunyi tu datang dari mana,aku kata datang dari rumah sebelah.Sebenarnya sebelum mak aku datang bilik aku,aku ada merungut time aku tidur pasal bunyi bising² tu tapi mamai gila.

Akhirnya diam...until now i donno what the heck my neighbour are doing.Takkan bertukang pagi² kot wtf? Kalau bertukang pukul 1 pagi tu ok lagi.Bila fikir balik tu orang ke hantu atau clown lmao

So conclusion hidup berjiran kenalah hormat menghormati.Jangan ikut kepala kau je,kalau nak bertukang pagi² ke mesin rumput tengah² malam ke pergi duduk hutan sana.

Korang ada tak cerita macam ni? Atau macam lain macam (pebenda aku merepek ni) feel free to share :)

Trying Soda Bubble Mask

Ssup, 

So I saw a lot of youtubers trying out this bubble mask so aku pon macam "eh nak try nampak best je" tapi aku tak tau nak dapat mana mask ni so aku abaikan je la kehendak diri ni.
Last month i saw this bubble mask dekat Guardian.Harga around RM 14 something iolls tak ingat sangat.Then time tengah bayar cashier kata mask tu buy 1 free 1 and i be like "YASS GURL"
So i bought the brighten fruit and the aqua fruit.Ok seriously these masks didn't do anything to my face.Just keluar bubble je bila pakai.So if you jenis nak pakai for fun then get it but if you nak yang worth it just don't.Aku hampir menyesal beli tapi bila fikir balik best apa pakai mask yang takda part untuk forehead and berbubble bubble interesting k.

excuse my messy room
rate: 2/5
k bye nak sambung tengok Cinderella and the Four Knights sambil makan rendang hahaha

July Favourites


 



Ssup,

Finally gais i'm done with Geography's coursework.Last day hantar tu aku lepak bilik cikgu dari rehat sampai balik sebab teman kawan nak check semua and ada yang tak siap lagi sebab budak bola kan,nasib baik menang.Classmate aku ni memang jenis tak malu punya so apa lagi main phone cikgu la selfie la,check gallery.whatsapp,nasib cikgu tak marah.(kami sempat usya gambar anak cikgu hahahahahaha)
mata masing-masing tenggelam

Ni gambar paling ok.Cuba teka aku yang mana,comment.Siapa betul dia hensem/cantik


Didahulukan dengan lagu dulu gais.

Song
Closer by The Chainsmokers ft. Halsey (both are my fav so time tau ada lagu baru i'm screaming haha)
In The Name Of Love by Martin Garrix & Bebe Rexha (i'm falling in love with this song) 
Ride by Twenty One Pilots (lagu ni addicting sangat sebab sambil basuh pinggan pon terbawak-bawak nyanyi lagu ni) 
Toothbrush by DNCE (kawan aku yang duduk sebelah aku dah muak agaknya dengar aku nyanyi lagu ni hahahahaha sebab aku memang kalau nak nyanyi memang nyanyi perlahan gila and dia sorang je dapat dengar hahahahahaha DIA CAKAP SUARA AKU SEDAP) 
Semua lagu Gnash.

Drama 
W-Two Worlds (again kdrama) 

Beauty 
Aiken product 
  

That's all,nothing much.Thank you for reading :) Share you July fav below.

Raya Day 1&2





Ssup?

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.Maaf atas segala dosa dari hujung rambut kerinting sampai celah-celah jari kaki (ayat kawan aku)

K mood raya turn off sebenarnya mood raya aku tak on-on lagi haahaaaahhaahaha kesah pulak jeman *flip shawl*

Day 1
Tak balik kampung lagi uolls sebab abah on call jadi duduk mereputz dekat rumah lepak-lepak makan rendang tengok tv pastu tidur.Petang dalam pukul 6 camtu baru balik kampung dekat Seremban so kitaorang tak payah hadap jem.Dah sampai sana pon aku mereput lagi sebab cousin semua dah balik.Malam tu memang tak boleh tidur sebab tak mengantuk lagi atau sebab tak biasa (?).Mula-mula tidur atas katil lepastu lantai,pergi katil balik pastu lantai last-last aku dapat eye bag.

Day 2
Harini tak breakfast sebab nenek dengan atok dah start puasa enam.So harini pergi Langat,rumah mak teh dengan paklang mula-mula datang tu rumah diaorang takda tetamu so aku rasa ok la sebab memang dah biasa dengan diaorang.













Few minutes later..














  

  









Omgeyh ada orang datang.Aku ni lemah tau kalau jumpa orang lagi-lagi laki (even abang aku sebab dia hensem k.tipu dia hodoh level -237) ha! So aku tak berani nak buat eye contact (pandang muka pon tak nak) dekat sesiapa kecuali yang aku kenal je hahahahahahaha takut jatuh hati uolls.Lepas makan kitaorang pergi Cheras rumah pakngah time otw tingkap kereta bahagian aku duduk tak boleh naikkan like seriously panas okeyh matahari terik.Ingatkan nak tidur rumah pakngah satu malam tapi sebab tingkap,tak jadi tidur situ and abah,along,aku & adik be like "Yes!!" Kitaorang memang taknak tidur situ tapi mak aku kan kau faham-faham je lah.Malam tu balik..(sumpah ayat ni lifeless)

So harini (day 3) aku mereput lagi dan aku tak kesah pon duduk rumah sebab aku memang tak nak beraya! Ironinya,aku tak rasa pon suasana raya dan memang tak nak sebab trial PT3 is around the corner so daripada aku huhahuha lebih baik study (tak,aku tipu,aku tak study pon,hw tak sentuh lagi)


Bye! Have a nice day.

Life Update + June Favourites

Ssup,

Long time no see.Lately ni busy dengan kerja khusus Sejarah ya tuhan kau tau tak malas nak buatnya tahap babuns.Kemain busy tahap nak maki semua orang kalau boleh cikgu-cikgu sekali (ok melampau).Di bulan yang mulia ni siapkan benda alah ni boleh sawan aku kau tau?Ditambah lagi dengan mereka-mereka yang tak faham kami ni busy tapi dia boleh ajak orang lepaks boraks dengan dia,memang kau nak makan kaki aku tapi aku fikir satu je,nanti kau kena ganti puasa so aku abaikan kalian.

Takda perkara menarik yang berlaku biasa la lifeless kan,pergi sekolah,balik buat homework,tidur,makan,hadap wattpad,tidur dan ulang.

Mood raya langsung takda like seriously idk baju raya sepasang je uolls sebab bila ma ajak pergi beli baju aku taknak ikut hahahahaha padan muka.Makin besar mood raya tu macam dah hilang aku pon dah tak heran pasal duit raya,nak bagi bagi taknak sudah!

So aku rasa this is the perfect time aku nak share June Favourites.Aku rasa macam benda wajib je nak share fav aku padahal orang tak ambil kesah,takkan dan tak nak pon! But idc.Kalau belum baca May Favourites better baca dulu ok ;)

Songs
Up&Up by Coldplay (nice gila music video dia)

Drama
Doctors(kdrama) serious talk aku memang susah gila nak minat kdrama,kalau aku minat tu kira best dah! Hahahaha DOTS pon aku tak tengok lagi (jangan kecam)

So thats all for my June fav kalau aku share fav stories dekat wattpad aku takut kau muntah hijo pulak baca tajuk sweet-sweet bagai.

So,how about your June fav share sikit dekat komen.Bye! Have a nice day!

May Favourites




Ssup, 

Sekarang cuti sekolah kan so aku gunakan sepuas-puasnya seminggu untuk berehat and seminggu lagi untuk study. 

Sekarang ini aku tengah ketagih gila dengan Wattpad.Ya tuhan pebenda yang buat aku ketagih pon tak tau,minggu lepas baca novel dekat app Novel+ minggu ni tergila gilakan Wattpad.Mula-mula tau app Novel+ from Lyssa Faizureen time tu tengok semua cerita cinta so macam 'not my type' sebab aku dah biasa baca buku seram,misteri macam Fixi so kalau nak baca novel cinta rasa cam nak muntah hijo.Sebenarnya ada je cerita seram tapi time tu aku lupa cari so dia jadi macam..aku install pastu tengok app tu dalam 3 minit pastu uninstall balik hahahahahaha. 

2 minggu sebelum cuti Azlin suruh aku baca novel dekat Novel+ dia bagitau aku cerita best-best.Aku pon apa lagi siang malam asyik menghadap phone je.Walaupun ada cerita seram tapi aku lebih tertarik baca novel cinta sebab selama ni tak pernah baca novel cinta sampai habis.Novel+ ni satu je aku tak suka sebab ada seseparuh cerita kalau nak baca sampai habis kena bayar, tak kuasa aku!
Tiba-tiba teringat Wattpad so apa lagi mulalah baca sambil senyum-senyum macam orang gila.Aku hasut sekali Azlin dengan Syafika install Wattpad.Baru teringat yang aku ada Wattpad since 2014 tapi baru sekarang nak guna dengan sepenuhnya. 

Sekarang dah tak layan cerita seram walaupun creepyposta ada dekat Wattpad sebab aku dah addicted dengan cerita cinta..omg adakah ini dinamakan cinta? Dah 3 hari aku asyik tidur lambat sebab leka baca.Ada satu hari tu aku terjaga pastu nak cari phone sebab nak tengok pukul berapa,cari punya cari rupanya bawah katil.Baru aku teringat malam tu aku baca sampai terlepas phone pon tak sedar.Ada seseparuh cerita sedih lagi la teruk aku bantai nangis sebab anggap aku yang berada dalam situasi tu.Complicatednya lahai perempuan ni,baca novel pon beremosi sangat hahahahaha. 

Seramshit dekat twitter pon dah 3 bulan tak baca sebab kebanyakkan curator lambat,cerita tak seram and ada yang cerita cepat habis.

Ok yang ni saja nak share

Fav songs 

Can't Stop The Feeling -Justin Timberlake
I hate u i love u - Gnash feat. Olivia O'brien (aku boleh nangis dengar lagu ni serious!)
I Remember - AlunaGeorge
Kiss it better - Rihanna
La la land -DVBBS
New romantics - Taylor Swift
No broken hearts - Bebe rexha feat. Nicki Minaj
Send my love -Adele
Surprise Yourself - Jack Garratt (lagu Breathe Life dia pon sedap)
Helplessly - Tatiana Manaois
Team - Iggy Azalea
Wild Things - Alessia Cara
Write on me - Fifth Harmony


Drama
Entertainer (kdrama) (Kang Min-hyuk cute ok dalam drama ni hahahahah kbye)


Beauty
SKINLITE Green Tea Essence Mask (review soon)


Share la korang punya May Favourites pulak.Don't forget to leave comment below.Thanks for reading! :D

Review:Mentholatum Botanics Aloe Vera Hydrating Facial Mask

 Ssup,

Again review mask.Mask for life.

 


Rasanya bulan lepas kot aku pakai mask ni tapi baru sekarang ada masa nak review.Hari Rabu dalam pukul 5pm aku pakai mask sebab time tu panas ya tuhan.Balik² rumah je terus cuci muka pakai mask.

Bila pakai tu rasa sejuk² uolss rasa cam tak nak tanggal mask ni,bau mask ni cam minyak rambut lelaki sikit tapi jangan risau,bau dia tak kuat mana.

Ambik kau disebabkan terlalu asyiknya melayan kesejukan mask,aku pon decided nak tutup lampu bilik dan segala tingkap supaya elak cahaya menembusi bilik cehh,konon konon nak rehatkan diri..acahh.Mask selalunya aku pakai 10-15 minit tapi kali ni aku pakai lebih dari sejam disebabkan aku tertidur,lagi² time panas,kau on air con,tutup segala langsir yang ada,pakai mask pastu baring terlentang atas katil,mana taknya tertidur.

Lepas terjaga dari nap aku pon cam,eh tadi sebelum terlelap lupa nak tanggal mask so mask tu dah pun kering,tu yang aku suka tu.Serius tak melekit langsung bila dah kering,rasa cam tak pakai apa² dekat muka.Muka lebih segar dan rasa cam muka bersih dari kotoran.Best gila mask dia! Highly recommend!

Harga Rm6.90 each.Botanics by Mentholatum ni baru lagi so cam,wei aku nak cuba skin care dia,packging pon nice.Boleh dapatkan di Guardian berhampiran anda.



Rate 4.5/5

Pre-Loved Fixi Novel Giveaway

-klik banner untuk join- 

cakap pasal buku Fixi,semalam aku baru habis baca buku COMEY,ok nanti aku buat review.Nasib baik tak terlepas sebab aku asyik tangguh je buat entry.

Perkampungan Ilmu

Ssup,

So,minggu lepas aku join perkampungan ilmu WAJIB join untuk Tingakatan 3 sahaja.At first cam,watdahel dah la homework banyak.

Program berlangsung selama 3 hari 2 malam.Tujuan program ni untuk bagi panduan jawab soalan semua and at the same time ulangkaji pelajaran form 1,2,3.3 subjek je yang terpilih iaitu Sains,Math,English sebab tu subject kritikal.

Hari Jumaat lepas balik sekolah kena datang balik pukul 2:30.Ada sedikit ucapan dari pengetua dan guru pembimbing.Petang tu naik asrama.Ya tuhan,perkara paling benci ialah naik tangga dia,kemain curam and satu anak tangga ke anak tangga yang lain tinggi jarak dia dan kau pasti tonggek setiap kali naik tangga.

Aku hanya bawak satu back pack dengan totebag je,ada budak yang tak pernah duduk asrama semua tu bawak luggage pastu derita sebab kena naik tangga tonggek tu.Tak payah beria nak bawak barang banyak sangat,aku yang bawak 2 beg ni pon masih ada 2 baju berlebih.Ada surat kebenaran kata bawak gayung dengan baldi tapi aku tak bawak pon sebab aku mandi pakai paip getah hahahaha.

Dah sampai asrama maka semua serebu pilih katil dan aku dengan kawan² aku hanya mementingkan lantai sebab tahun lepas pernah ada program motivasi tidur dekat asrama,yang lain semua tidur atas katil tapi kitaorang hanya tidur di lantai sebab panas and lagi satu asrama tu tak banyak katil pastu kitaorang hanya dapat ambik katil bahagian atas tapi takda tangga uolls nak naik,so naik la cara ganas tapi budak katil bawah berkata"wei tak payah la naik ni tak kuat" ketika aku sedang bersusah payah nak naik.Like seriously aku tahu aku gemok tapi kau rasa katil tu akan roboh ke kalau aku naik? Watch your word bij aku godok mulut kau dengan pam jamban kang.

Alhamdulillah dapat tempat yang kitaorang nak tapi penuh gila dorm sebab campur 4 kelas.Cikgu ada kata,siapa nak tidur atas pon boleh maka kitaorang pun cepat² naik tingkat atas walaupun takda katil tapi dah cukup tidur atas lantai kayu,selesa sebab tak ramai.Yang tidur atas geng² aku je mimi,athirah,azlin,dayang,sora,peah dengan aku so bebudak lain susah nak kacau.

Malam tu dah start belajar Sains dari pukul 8-11.Malam tu naik² ke tingkat atas dah nampak akak² asrama yang tak balik tidur tempat kitaorang sambil tengok movie.Nasib baik tak ramai dalam 5 orang je camtu.Takpa ruang banyak lagi.Time nak tidur kemain panas tapi time tengah malam sejuk nakmatey.Aku tidur tak pakai bantal so aku hanya bergantung pada kain batik yang aku bawak.Aku terjaga pon sebab sejuk pastu pegi ambil selimut kawan sebelah.Pagi tu bangun dalam 4:30 mandi semua kau tahu jela,perempuan dalam 60 orang kongsi tandas yang sempit.Aku hanya mandi dua gayung(orang punya)tu pon rasa cam,selesanya.Kawan aku malas nak berebut bilik air dia lap pakai baby wipes je.

Pagi ada riadah,sarapan then turun balik belajar Sains dari 9-12 kalau tak salah.Makan tengahari pastu pukul 2 belajar English pulak dari 2-5.Aku dari belajar Sains malam tadi sampai English mata rabak gila,setan saja kacau aku.Menguap dah lebih dari 5 kali,tak dapat fokus.Time English kitaorang berpecah ikut kelas so kelas aku belajar dekat kelas.Time tu ada game bola so bila teacher kata take 5,semua menebeng dekat tingkap tengok orang main bola sebab kelas aku tepi padang.

Lepastu minum petang.Pastu cikgu kata perempuan stay dekat asrama sampai pukul 9.Petang tu memang aku mandi betul-betul lah.Time belajar bukan main berair mata tahan mengantuk,sampai asrama tak mengantuk dah hmm..malam tu sambung belajar english 9-10:30.Ok malam tu tak sempat supper sebab aku gi tandas,minum air banyak sangat.Cikgu kata kalau mengantuk minum air biar oksigen pegi ke otak tapi kes aku ni lain,dah habis sebotol pon tetap mengantuk,boleh dikatakan setiap 10 minit aku minum air.

Malam tu kecoh kata cikgu nak buat sport check sebab ada barua bagitau cikgu bebudak ni bawak phone.Nasib baik kawan² aku tak bawak tapi tulah yang bawak ni menyusahkan orang,diorang dengar je nak buat sport check,diaorang terus gi naik tingkat atas tempat kitaorang tidur sebab nak nyorokkan,ada yang charge phone la,yang tak pernah jejak kaki dekat atas,semua naik sebab nak nyorok phone.Pastu ada yang bijak sikit pegi nyorokkan phone dekat luar.Lagipun diaorang buat camtu sebab ada kawan aku marah kata "wei janganlah nak nyorokkan phone dekat atas,kang kalau cikgu jumpa kitaorang yang tidur atas ni jugak yang kena".Kau tak boleh ke tahan sikit tak pakai phone 2 malam je pun,konon setia dengan bf,mesej hari².Cikgu tak buat pon sport check,ada budak yang saja cakap camtu.Motif? Kau tau tak aku dah seram kalau cikgu bukak back pack aku,cikgu pengsan sebab bau masam baju sebelum-sebelum ni?

Malam tu yang tidur atas ramai sikit sebab akak asrama dah balik rumah so cam free sikit.Ada 3 orang budak tidur atas dengan kitaorang.Malam tu 2 kali terjaga sebab sejuk,malam tu memang siap² pakai stokin tapi masih sejuk,aku nak tarik selimut kawan sebelah tapi susah pulak.

Pagi tu semua bangun lambat,pukul 5 setengah.So malas nak kelam kabut,aku decided tak payah mandi,tukar baju je hahahahahaha.Lepas riadah and sarapan kitaorang belajar math dari 9-12 time tu mengantuk jugak sebab aku tak minat math.Pukul 12 tu cikgu suruh kemas barang semua and letak beg dekat luar asrama sebab budak asrama balik petang.Cikgu bahagikan tugas ikut kelas,3RK kemas dewan  yang kitaorang guna untuk program tu,3B kemas dorm,3C kemas tandas and 3D kemas tempat makan.Tengahari tu makan nasi lauk ayam masak merah,tak pedas tapi lepas 15 minit dah makan sakit perut pulak.Nak pegi tandas tapi budak-budak ni dah bersihkan.Nasib baik ada kawan yang sakit perut sekali  hahahaaaahahaha.Lepastu belajar dari pukul 2-4 dan bersurai tapi kelas aku kena kemaskan dewan T^T.

Time balik rumah letih la jugak.Aku terus tidur,tak kira mandi dah.Terjaga dalam pukul 7:30 mandi semua and makan.Pukul 9 baru start buat homework,itupon aku baring jap 15 minit.Alhamdulillah homework siap sebelum pukul 11.Malam tu tidur lena gila lagi² time tu hujan.

Esok pergi sekolah semua mata rabak.Ada yang tak sihat tapi tetap datang.Kelas aku 3RK 19 orang je datang,3B-15 , 3C-9 , 3D-4.Time tu cikgu tak ajar berat-berat pon sebab faham kitaorang mengantuk,apa taknya setiap kali ada gap semua lentok kepala atas meja sampai cikgu masuk.

Time rehat geng aku dah mula bukak cerita.Ada yang kena kacau,ada cikgu cerita budak 3D nak mandi wajib pastu ada orang ketuk pintu tandas.Cikgu kata,kalau kita fikirkan 'dia' memang benda tu dekat macam kita memanggil-manggil dia.Kawan aku,Azlin kata dia ada nampak pintu gerak tapi takda angin time kitaorang dekat atas,borak² (yang lain solat dekat surau sekolah) dengan aku,dia,sora and balkhis,dia sorang je menghadap pintu tu.Lepas dia perasan pintu tu dia ajak kitaorang turun pastu dia kata "nanti aku cerita".Dayang pulak time terjaga dari tidur nampak ada benda bertenggek atas iron board.Aku? Alhamdulillah tak kena kacau sebab sebelum tidur memang ambil wudhu and baca ayat kursi semua.

So itu je la pengalaman yang aku nak kongsikan.Bagi aku program ni tak berapa berkesan untuk aku sebab setiap kali belajar aku hilang fokus sebab mengantuk.Tapi ada satu perkara yang aku belajar,aku jadi lebih peramah sebab sebelum ni mana pernah nak cakap dengan kelas 3C,3D,cakap pon bila terdesak je.3B aku dah biasa sebab Pj,Kh campur kelas.Sampai satu tahap aku ingatkan aku kena rasuk sebab rasa macam bukan aku yang tengah bercakap time tu.

Korang share la apa² cerita pasal ASRAMA dekat bahagian komen.Bye!

Why You Need Mirror

Ssup,
*abaikan title 

Korang pernah tak belek² muka dekat cermin? Aku rasa semua orang suka buat.
Bila belek muka lama² aku perasan yang aku ni cantik sebenarnya.Bukan nak puji diri sendiri tapi itulah yang aku rasa setiap kali belek muka.Kalau sekali imbas aku tengok muka aku dekat cermin,aku rasa aku buruk hahahaha tapi bila belek lama² aku rasa aku cantik. 

Muka tak flawless,mata tak cantik,sepet.Bibir tak cantik tapi aku nampak yang aku cantik.Wei dah la tu puji diri sendiri hahahahahaha.  

Cuba korang belek² muka,cuba sampai korang dapat rasa yang korang cantik.Bagi aku,cukuplah mata sendiri yang nampak kecantikan diri dah boleh tambahkan keyakinan diri.  

Tak minta pon orang kata aku cantik sebab aku hari² puji yang aku cantik hahahahahahaha.Setiap orang,walaupun muka dia buruk macam mana pun,pasti ada kecantikan yang tersembunyi,sekali imbas memang tak nampak,sebab tu aku suruh belek lama². 

Aku rasa yang aku nampak 10 kali ganda better bila aku buat muka hodoh daripada buat muka cantik.
Bila diri sendiri rasa cantik,jangan pulak kau nak hina orang.Orang tak nampak pon aku cantik,tapi aku nampak mana kecantikan aku. 


Have a nice day!

Wordless Wednesday

"it hurts like hell when you know that you need to let go of someone but you can't, because you're still waiting for the impossible to happen"

Mini Giveaway By Niena Annisa

ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :







Shawl chiffon x 2 pemenang


Review:Jeju Tsubaki Face Mask

Ssup, 

Yes! Review lagi.Macam biasa aku akan review mask hahahahahahaha.Mask from Guardian. 

bad angle

Pamper your skin with Guardian Jeju Tsubaki Face Mask, which is made with ingredient specially harvested and imported from the beautiful jeju Island. Replenish essential daily nutrients on your skin and nourish skin with anti-oxidants, essential vitamins and minerals, leaving it soft and smooth.
before(i look like burn potato)
 
After 

Nampak tak perubahan?
Texture dia punya liquid tu cair tahap dia menitik aku harap korang faham.Dia cair,tak macam mask yang aku pernah pakai sebelum ni. 


Lepas pakai rasa kulit muka lembut,halus,mulus.Muka lebih cerah,aku tak tau la korang perasan ke tak hahahaha.Aku sebenarnya dalam proses menghapuskan burn dari muka,mula-mula merentas desa pastu burn tu kurang tetiba ada pulak sukan,lagi la teruk burn dia boleh bawak gaduh,sampai sekarang masih lagi berusaha menghapuskan burn.Selain pakai mask aku juga pakai aloe vera gel untuk redakan burn tu hehe 

Rate: 4/5 

Challenge Rindu by Hafiz Zulkafly

 
-klik banner untuk join- 
  


 




 




nampak sangat tak save no aku,dah pulak tak save no aku,reply lambat pulak tu

dah pulak reply lambat,tukar topic pulak tu
sama macam orang atas -_-
sampai harini dia tak reply,bluetick pon tak T^T
ni pon sama je -_-