HOME REVIEW

Review: Konjac Care

"The Japanese Konjac Sponge is a 100% natural facial and body cleansing sponge made from vegetable fibers of Konjac (Konnyaku)" Credit google 


Ok kita close up sikit


Aku dapat tau pasal Konjac Care ni daripada youtuber Farisa Safrina kalau korang minat makeup semua boleh la subscribe dia :) 

Konjac Care ni ada banyak colour dan colour dia mengikut fungsi tersendiri so jangan main beli je ikut suka warna,kena tau jenis kulit korang macam mana dulu :)Konjac Care jugak ada pelbagai bentuk. 

Boleh rujuk gambar ni 
  
Credit Google

First time pakai memang aku tak tipu kulit jadi halus.Aku dapat rasa blackhead dekat hidung hilang sikit.Lepas cuci muka pakai konjac care ni rasa kulit lembut camtu.

Time guna sponge tu jangan pulak tonyoh-tonyoh kulit kau hahaha.  

Sebelum pakai Konjac Care ni rendam dengan air dulu (aku selalu serapkan air je) nanti dia lembik macam sponge pastu letak cleanser uolls pastu massage la muka tu.Dah habis cuci muka kau kena cuci sponge tu pulak haha padan muka. 

Alirkan je air nanti sponge tu serap, pastu perah,ulang the same step sampai agak-agak bersih takde lagi cleanser or buih-buih cleanser.Senang je kan?
Last step, keringkan,kalau aku,aku just sangkut dekat apa benda alah tah nama dia yang letak botol sabun,botol shampoo dekat situ 

Itu cara aku la,kalau nak sidai dekat ampai kain pon boleh haha atau pon sangkut dekat hanger dan keringkan dalam bilik,keringkan dekat kipas ke,kalau semua cara yang aku bagi tu susah jugak,aku cadangkan kau sedut je la sponge tu sampai kering HAHA!! sapa suruh malas. 

Oh ya,konjac care ni kalau lembab atau basah,dia akan mengembang,squishy dan kalau kering dia akan mengecut, agak keras and permukaan dia agak kasar. 


Ok tu saja review aku untuk Konjac Care ni.Boleh dapatkan dekat SASA,aku tau benda ni dekat SASA je kalau korang ada ternampak dekat kedai mana-mana korang boleh je beli.Kalau malas nak carik beli je online.Harga RM 13 kalau aku tak silap.
Ok selamat mencuba ;)

Senior + Respect

 
Credit:Google
Kelas aku atas dewan tertutup tapi bila SPM dah dijalankan kelas atas (1rk,2rk,3rk,4 sains) dewan tertutup tu kena pindah sebab takut terganggu dan bising (kelas aku paling bising) 

1rk pindah bilik transit,2rk,3rk,3b pindah kelas 5 akaun,5 ekonomi dengan 5 perdagangan.Gigih la aku angkut buku bawak naik tingkat atas sekali(tingkat 4) time dapat tau kitaorang kena pindah kelas 5 perdagangan semua macam what the heck tinggi la,letih la aku nak naik tangga,ada yang semput la. 

Kitaorang dapat kelas 5 perdagangan kalau dekat sekolah ni 5 perdagangan kelas yang macam last sekali untuk pelajar yang kurang pandai. 

Aku dengan kawan-kawan duduk belakang,tengah sekali.Time rehat ada abang tu (pelajar 5 perdagangan) ketuk pintu,panggil salam then cakap "nak masuk boleh?" Time tu aku macam terpaku la(bukan sebab rupa dia) aku time tu macam respect gila la sebab kalau aku jadi abang tu pon aku akan ketuk ,panggil salam then terus pergi tempat duduk aku.Abang tu nak ambik buku bawah meja.
Kau tau tak style abang-abang ni nak ambik buku macam mana? Dia dah panggil salam,ketuk pintu,tanya boleh tak masuk kelas,dah sampai dekat meja dia,dia ketuk meja dia sambil bagi salam pastu dia cakap dia nak ambik buku bawah meja.Perghh,memang time tu aku respect gila nak mateyy la abang yang datang tu.Adalah dalam 3 orang masuk kelas ambik buku,semua style macam aku cakap tadi. 

Kalau kau tak pandai pon tapi kau ada budi bahasa,orang akan respect dekat kau.Kalau kau pandai tapi attitude cam sampah tepi rumah aku pon tak guna. 

Kau tau tak kenapa aku terlalu respect abang tu,sebab sebelum ni aku tak pernah jumpa senior yang tinggi budi bahasa macam tu.Memang aku respect gila.Good Luck SPM ye bang.Next year takde abang baik macam ni lagi T^T

#EnsiklopediaHiburan

Pagi tadi saja je on twitter memandangkan battery phone masih ada lepastu tengok ramai sangat tweet #ensiklopediahiburan jadi aku pon macam usya la pebenda #ensiklopediahiburan
Lepastu aku jumpa link video #ensiklopediahiburan tu then tengok. 

Haaaa,hambik kau, sentap dia tahap nak menangis tepi bucu katil.Sebak dia rasa macam tak nak pergi sekolah. 

Try la tengok video ni dan berharap la yang korang akan sentap walaupun sipi-sipi :')