HOME REVIEW

Takut


"Manusia takut pada sesuatu yang mereka tak tau.
Orang takut pada hantu,sebab mereka tak tau kenapa hantu begitu.Kenapa wajah hantu hodoh.
Kenapa kuku mereka panjang.Kenapa mata mereka merah.Kenapa gigi mereka tajam.
Kenapa pontianak ketawa,menangis dan mengilai dia atas pohonnya.
Kenapa pocong melompat dalam kain kapannya.
Kenapa saka hingga ke akhir pun enggan meninggalkan tuannya.
Orang takut pada semua benda yang mereka tak tau.
Takut pada kegelapan sebab mereka tak tau apa yang ada di hadapan mereka.
Takut pada kematian sebab mereka tak tau apa yang akan berlaku selepas itu.
Begitu juga manusia takut pada kiamat.
Sebab mereka tak tau bagaimana rasanya untuk berhadapan dengan kehancuran penghujung kepada setiap benda yang mereka kenal dan sayang selama ini.Penamat kepada segalanya.
Mereka boleh baca,mereka boleh bayangkan,mereka boleh mendengar cerita.
Tapi mereka tak mungkin boleh benar-benar tau.Sebab tu mereka takut."
  

Sumber dari:Buku takda tajuk

Banyak Benda


haiii,entry ni banyak benda yang aku nak cakap..mohon baca.
Sorry ye kalau korang ada send pape kat cbox mcm 
-hai..saya follow sini,followback kalau sudi
-singgah sini,singgah la blog saya!
 sorry ye kalau aku tak follow back korang ataupon singgah balik blog korang,kepada sesiapa yang berharap sangat tu,sorry banyak-banyak.Aku busy ye dgn PBS,walaupun exam dah habis,haritu cikgu suruh buat cerpen untuk band 6 -__- naik gila aku dibuatnya..hehe.Mesti yg ada salah anggap.Aku bukan 15 tahun ye.Aku  13 tahun.dan sorry banyak2 sebab entry yang aku post semua menggunakan perkataan AKU.Nanti aku tukar ok.

Lagi satu ada orang tanya macam mana buat navigation part dekat sidebar blog ni.InsyaAllah aku akan buat,kalau tak minggu ni,minggu depan.Kalau tak minggu depan tunggu cuti sekolah.Maaf lagi sekali ye..hehe.Nanti nak bagi freebies sekali ^^.Tunggu ye followers sekalian :)

Happy Birthday To Me!!!


Just nak bagitau 1 November birthday aku!! wuuuuuuu
Tadi ada sekolah ganti.Sampai je kat sekolah duduk-duduk dulu sebelum tunggu perhimpunan start.Macam biasa lah,bila sekolah ganti memang ramai yg tak datang.Lagi-lagi Form 3 yg baru habis PT3.Lepastu kita org tak belajar ,ye lah sebab exam dah habis.Abang-abang dgn akak-akak Form 5 bukan main sibuk lagi, Good Luck ok!!

Aku takde idea laaa..Sebab dah lama tak tulis entry,sorry ye,haritu aku nak focus untuk exam :)
Rasa mcm nak buat DIY tapi tengok dulu lah ye.Ok Bye :D