HOME TIPS REVIEW

Life Update:Taiping,Hari Kantin,Exam and more


Assalamualaikum.
Ssup?


Sekian lama menyepi finally i'm back!! Tak tau la korang perasan ke tak tapi aku asyik private blog je sebab kalau biarkan public pon macam blog private je nampaknya.Tah siapa je yang stalk blog aku ni huhu.So,i'm going to share with you what happen sepanjang bulan yang telah berlalu since aku dah lama tak update.Instagram pon jarang upload gambar hehe.

Dah form 4 ni busy sikit la nak buat homework.Macam la selama ni takda homework hahaha.Pada 22/4/2017 kelas 4SN dan 5SN pergi lawatan ke Taiping,Perak untuk kerja lapangan subjek Biologi Tingkatan 4 Bab 8.Sambil buat kerja sambil jalan-jalan.

Gerak dari sekolah pukul 6:15 am,sebenarnya dalam jadual kata gerak pukul 5 am tapi pakcik bas lambat so yeah.Tempat pertama kitaorang pergi Zoo Taiping.Sorry malas nak letak gambar sebab semua gambar muka aku buruk.Kena buat kerja berkumpulan.Satu group 6 orang,setiap sorang kena cari 10 haiwan lepastu tulis keistimewaan,habitat,makanan dan nama saintifik.Ok masa memang tak cukup untuk duduk bergambar sebab  ya ampun letihnya acik rasa pusing-pusing zoo tapi merentas desa lagi letih.

Lepastu pergi muzium (tak ingat nama sebab letih dah time tu) jangan ko fikir pergi muzium takda aktiviti.Salah sorang guru pengiring tu ada buat pertandingan gambar paling kreatif.Kena tangkap gambar dalam muzium lepastu send dekat cikgu.Time tu kemain posing sana sini.Selepas letih posing,menangkap gambar,mengedit tiba la masa yang dinanti-nantikan iaitu pergi tempat penginapan.Sumpah penat dah pulak hujan,rasa nak tidur.  

Dekat muzium.
Ikan ni nampak hdup pulak,padahal replika je hahahahaha
Sampai dekat Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang tu nak dekat maghrib dah.Aku dapat bilik hujung dekat dengan bilik lelaki dan jauh dengan tandas perempuan. Allahu dah pulak lampu malap-malap je.Depan, belakang,kiri,kanan paya bakau.Aktiviti malam tu naik bot untuk tengok kelip-kelip.Perjalanan naik bot tu dalam 30 minit.Dah pulak sejuk,gelap and badan letih rasa nak tidur je dalam bot tu.Dapat la tengok kelip-kelip tapi aku tak tangkap gambar sebab phone tinggal dekat bilik hahahahaha.


Lepas dah habis aktiviti malam tu kitaorang masuk bilik masing-masing nak tidur.Bilik tu ada 6 katil tapi satu bilik ada 8 orang so katil kena rapatkan dan tidur beralaskan beg (aku sorang je camtu) Menyesal pula tak bawak sweater sebab banyak nyamuk.No joke ok.Kawan aku tidur pakai telekung kot seram pulak.Nyamuk dia jenis slow tau,tak takut orang.Time kau mandi pon dia sempat lagi gigit.

Keesokkan paginya lepas dah siapkan diri,semua berkumpul dekat kantin.Ok if you wondering kitaorang makan dekat mana,dekat sana ada kantin and kitaorang juga ada bawak stock makanan untuk seminggu padahal 2 hari je dekat sana.Lepas sarapan kami mulakan aktiviti tengok paya bakau.Sepatutnya ada ranjer hutan yang bawak kitaorang tapi memasing ada hal and time tu hari Ahad maka,kitaorang ikut je cikgu.Tak silap aku kena jalan 2 km camtu la untuk sampai exit dia tu.Jalan dia licin,berlumut so kena hati-hati takut jatuh.


  



Lepas dah keluar tu kitaorang jalan kaki pergi kilang arang.Dekat je cuma kena cross jalan.Dekat sini takda gambar sebab malas hahaha.Ingatkan time balik dari kilang arang tu nak makan mee rebus tapi semua tak nak,yang ada pon 3 orang je tapi diaorang pon last-last tak jadi pergi hahaha.Dekat sini banyak monyet jadi mohon tabahkan diri.Memandangkan harini last day so sampai bilik semua pack barang dan pergi mandi sebab masing-masing berpeluh + bau asap melekat dekat baju.Balik tu singgah Aeon untuk solat dan makan serta boleh la usya-usya jodoh ya hahaha.

Time balik singgah satu RnR je untuk solat lepastu balik sebab dah malam.Dalam bas cikgu umumkan pemenang gambar paling kreatif and guess what? Group aku menang tempat kedua hehe.Ok tamat~

10/5/2017 sekolah ada buat hari kantin.Kelab aku,Kitar Semula join buat jualan air float,buah-buahan.Aku tak jaga gerai sangat sebab jaga checkpoint untuk treasure hunt.Banyak sangat aktiviti tapi tak sempat nak tengok semua pameran.Takda gambar sebab haritu aku alone.Dah pulak takda kawan.Sebenarnya ada je gambar dengan team Kitar Semula tapi dah delete sebab i look so bad.

Harini baru je habis exam.Ok je la kot time jawab paper kecuali fizik dengan add maths.Hampir baring jugak la aku dekat lantai time jawab tu.Musim exam ni lagi la alone.Dah pulak time exam memang duduk sorang-sorang,kalau ada gap paper pon study sorang-sorang jugak,balik jalan sorang-sorang.Ok aku suka sebab tak payah jaga hati orang dan lebih aman dan tenang untuk study last minute hahahaha.Terima kasih kepada kawan barisan sebelah yang selalu bagi pinjam staple.Terima kasih kepada orang depan yang asyik jenguk-jenguk saya time exam hahahahaha kawan depan aku pusing-pusing belakang sebab asyik pinjam correction tape.Takda makna orang nak jenguk aku de.


Itu sahaja rasanya perkara menarik yang berlaku selain daripada crush aku request follow dekat instagram hahahahahaha. 


Kepada yang kebetulan terbaca post ni,kalau sudi komen la ye sebab kalau takda respon dari pembaca rasa macam takda orang baca blog ni :'( saya perlukan support ye maklumlah takda fans.Selamat berpuasa,bersahur,berbuka!

5 Things I Learned In 2016

Ssup?


Masa berlalu sangat pantas,rasanya macam baru semalam baca tweet "jangan masuk tandas pukul 11:59 malam nanti keluar tahun depan".

2016 is such a wonderful year,I had so much fun this year,I met nice and and not really nice person and banyak lagi la takkan makan apam balik pon nak cerita.

So here what I learned in 2016


1)If you want it,work for it    
I already got my PT3 result and boom i thought i only get 5A or less than that sebab aku nak stay kelas tambahan pon macam "Allahu,i need more sleep".But surprisingly i got more than 5A,Alhamdulillah rasa nak nangis dengan classmates sebab semua dapat 5A and above.

ok apa point aku sebenarnya ni? hahahaha 

Aku belajar kalau nak sesuatu tu kena usaha even kau malas kau kena push diri.Takda benda datang bergolek.One more thing,jangan terlalu bergantung dengan orang lain.Kena berdikari.Kalau homework pon harap tiru kawan je macam mana nak jawab exam dengan jayanya?

2)Loving can hurt 
Seriously Zafirah? I never been in any relationship.Teman tapi mesra ke,bae kepebenda ke. 

ok i will tell you my biggest secret 

i have crush on someone more than 4 months maknanya.. 
credit to Pinterest

But hell yeah crush aku minat orang lain so aku macam "Saat ku mulai menyedari,perasaan ku tak pernah dipeduli.Salahkah diriku mengemis cinta darimu apa ku tak punya hargaaaaaaaaaaaa" tapi aku dah ok hahahahaha.Ok baru tahu susahnya nak move on lol.Setelah kusedari aku terlalu muda untuk semua ni jadi aku sambung layan kdrama. 

3)Be nice.. 
even you get hurt.Macam no 2 tadi.Ya aku tak rasa pon nak hack acc Instagram dia atau simbah acid dekat crush dia.If someone talk bad about you,kau kena janji dengan aku eh,kau ignore je,teruskan kehidupan.Orang macam tu lifeless atau dia pernah kena reject dengan crush dia lol

Selain itu,(macam nak buat karangan bm pulak hahaha) kalau benda kecil terjadi contoh ada orang condemn kau dekat twitter ke kau diam je la eh.Ini kalau pasal tag bf untuk bagi hint minta hadiah makeup tu pon kau nak gaduh aku tak tau la nak kata apa hahahaha aku gelak je la.Benda simple ni tak payah besar-besarkan nanti kau nampak bodo k.Masing-masing dah besar,boleh fikir benda baik buruk harap tak lupa bayar PTPTN. 

4)Comparisom will kill you
Siapa je tak pernah compare life sendiri dengan life orang lain? Selalunya kita compare dengan orang lagi cantik dari kita.Just stop it,why not compare life kita dengan orang lagi susah? Kau akan sedar bertapa besarnya nikmat yang Allah bagi dekat kau.Bersyukur and stop comparing sebab sampai satu tahap kau akan benci diri kau sendiri.

5)Don't put too much hope
Pernah tak apa yang kau harapkan tak jadi atau jadi lagi teruk?Rasa down gila nak nangis tepi peti sejuk.Kalau kau dah usaha habis habisan tapi tak jadi macam apa yang kau harapkan kau kena percaya ada benda yang lebih baik untuk kau.

Aku sarankan jangan letak harapan dekat crush la hahahahaha harapan yang membunuh.


Banyak sangat aku belajar tahun ni ada yang tak ingat ada yang ingat gila.If you don't mind please share what you learned in 2016.Comment⬇

Thank you for reading.I hope you have amazing day! :)